KURANG UPAYA ico_disabled

Perutusan Pengarah Negeri

pengarah

 

SEKAPUR SIRIH SESISIP KATA

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Bersyukur ke hadrat Ilahi  kerana berpeluang untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam laman web rasmi Jabatan Penerangan Johor juga tidak ketinggalan di dalam menggunakan kemajuan teknologi siber untuk menyampaikan maklumat-maklumat berkenaan perkhidmatan yang disediakan dan berita dari semasa ke semasa.

Jabatan ini telah beroperasi sejak  Penubuhan Jabatan Publisiti dan Percetakan (Department of Publicity and Printing) pada bulan September 1945 dan kemudiannya di jenamakan semula sehingga dikenali Jabatan Penerangan. Jabatan ini telah melalui proses evolusi yang panjang dan telah menabur jasa dan bakti  kepada masyarakat sehingga kini. Jabatan ini juga telah melalui perubahan dan pembaharuan dari segi perkhidmatan dan  penggunaan peralatan yang terkini  untuk memberikan hasil  yang optima kepada pelanggan.

Jabatan Penerangan sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat selaras objektifnya iaitu meningkatkan kefahaman, sokongan, keyakinan dan penglibatan masyarakat terhadap dasar dan program Kerajaan ke arah pembinaan negara bangsa yang bermaklumat, progresif, berintegriti, sejahtera serta bersatu-padu.

Masyarakat bermaklumat merupakan teras kepada kemajuan negara. Justeru itu,  Jabatan telah menggariskan bahawa setiap pelanggan yang berurusan akan sentiasa diberi maklumat sama ada dalam bentuk penerangan atau penerbitan yang disediakan disamping memberi perkhidmatan penerangan yang berkualiti, tepat, semasa dan mudah difahami, memberi khidmat perhubungan awam yang profesional dan berkesan, menyediakan bahan-bahan penerbitan yang bermaklumat semasa, bermutu serta senang diperolehi, menyediakan khidmat kepakaran komunikasi visual dalam bentuk fotografi, audio-visual, reka bentuk dan pameran yang bermutu dan menarik serta memberi maklum balas kepada aduan pelanggan dengan cepat, tepat dan berbudi bahasa.

Jabatan Penerangan Johor merupakan Jabatan yang sentiasa menjadi rujukan bagi Negeri Johor dalam pelbagai aspek termasuk penyediaan penceramah berwibawa, Juruacara yang Profesional serta Alat Siaraya yang efisen.

Semoga Jabatan Penerangan Johor dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik yang dapat memenuhi keperluan rakyat  iaitu selaras dengan gagasan 1Malaysia iaitu ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan’.

Akhir kata , tuan/puan boleh menghubungi pihak  Jabatan ini atau saya sendiri sekiranya mempunyai sebarang cadangan penambahbaikan atau pertanyaan di talian 07-2279480 atau emelkan ke Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya

Sekian, terima kasih


HJ. HAMDAN B. HASNAN
Pengarah
Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Johor