KURANG UPAYAico_disabled

PERUTUSAN

 


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Selamat datang diucapkan kerana sudi melayari laman web Jabatan Penerangan Negeri  Kelantan. Laman web ini merupakan satu daripada sumber maklumat yang penting selari dengan arus perkembangan teknologi maklumat terkini.

 

Jabatan Penerangan Kelantan telah menggunakan laman web sebagai medium bagi menyebarkan maklumat mengenai dasar-dasar dan mesej kerajaan kepada masyarakat.

Bagi memenuhi Visi dan Misi yang juga Agenda Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sebagai “Leads” (pemimpin) Transformasi 1Malaysia merupakan salah satu komitmen bagi menjana 1Malaysia mencapai Wawasan 2020.


Cara pelaksanaannya termasuklah Transformasi Perkhidmatan Awam semua jabatan dan agensi di Negeri Kelantan bagi memantapkan Modal Insan. Semangat Kerja Berpasukan juga harus dikekalkan dan diamalkan oleh setiap individu bersesuaian dengan Etika Kerja bagi mencapai KPI selari dengan Visi dan Misi Jabatan.

Sekiranya ada sebarang teguran, pandangan dan saranan bagi memperbaiki lagi kandungan laman web ini, boleh la diajukan demi meningkatkan lagi kualiti maklumat yang dimuatkan.

Selamat melayari Laman Web Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.

 


HAJI RAMLY BIN YUSOFF
PENGARAH

"Merakyatkan 1Malaysia"

"Bersama-sama Merealisasikan Transformasi Kerajaan"