|
Mengandungi maklumat dan keterangan berhubung dengan empat cawangan dan anggota masing-masing bagi melaksanakan dasar dan wawasan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.
|
|
|
|

|
Cawangan Perkhidmatan Komunikasi & Pembangunan Masyarakat PKPM] Merancang dan melaksanakan kempen dan program peningkatan kesedaran rakyat terhadap falsafah, dasar Kerajaan, wawasan negara dan meningkat serta menyuburkan semangat cinta negara khususnya melalui Gagasan 1Malaysia.
|
|
|
|

|
Cawangan Geraksaraf & Pengurusan Isu [GSPI] Melaksanakan program pemantauan lapangan dan gerakan kesedaran rakyat agar sentiasa memelihara kesejahteraan dan keselamatan negara. Melaksanakan program HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) dengan memperkukuhkan jati diri serta keutuhan psikologi rakyat bagi menghadapi berbagai dugaan negara dalam apa juga keadaan dan suasana.
|
|
|
|

|
Cawangan Khidmat Pengurusan & Kewangan [KPK] Mengurus peri hal pentadbiran, kewangan, pembangunan, sumber manusia, lojistik, taknikal, perjalanan dan keselamatan organisasi. Melaksanakan program-program latihan kemahiran anggota dan teknologi ICT.
|
|
|
|

|
Cawangan Perancangan Strategik & Penyelidikan [PSP] Melaksanakan tugas penaziran dan kajian ke atas pelaksanaan dasar, hala tuju, pelan strategik, pelaksanaan program dan pembangunan serta prestasi organisasi supaya sentiasa mencapai sasaran dan tahap KPI yang cemerlang.
|