Perutusan Pengarah Negeri
HAJI HASHIM BIN BEDU
Assalamualikum w.b.t dan salam sejahtera.
Selamat datang ke laman web Jabatan Penerangan Negeri Sembilan. Laman ini diharap menjadi saluran penyebaran informasi terkini mengenai aktiviti Jabatan. Ia juga menjadi wadah perkongsian maklumat dan ilmu dalam menjayakan program dan aktiviti yang dilaksanakan. Pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai maklumat mengenai dasar-dasar dan program kerajaan melalui capaian sambungan “link” yang telah disediakan, selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan satu rangkaian komunikasi bersepadu.
Saya juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklumbalas yang membina bagi meningkatkan lagi peranan laman web kami .
Akhir kata, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pengunjung yang mesra IT dan memanafaatkan laman ini sebagai usaha ke arah melahirkan Bangsa Malaysia yang bermaklumat.