Kurang Upaya ico_disabled

Piagam Pelanggan

Iktizam kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan:-

  • Memberi perkhidmatan penerangan yang berkualiti, tepat, semasa dan mudah difahami dalam masa 14 hari;
  • Menyediakan laporan maklumbalas yang objektif, tepat, semasa dan terkini dalam tempoh 7 hari daripada isu berbangkit;
  • Memberi khidmat perhubungan awam yang profesional dan berkesan;
  • Menyediakan bahan-bahan penerbitan yang bermaklumat semasa, bermutu dan mudah difahami serta senang diperolehi;
  • Menyediakan khidmat kepakaran komunikasi visual dalam bentuk fotografi, audio-visual, reka bentuk dan pameran yang bermutu dan menarik dalam tempoh 14 hari dari program penerangan bermula;
  • Memberi maklum balas kepada aduan pelanggan dengan cepat, tepat dan berbudi bahasa dalam tempoh masa berikut:-

-   Akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari bekerja;
-   Maklum balas awal dalam tempoh 15 hari; dan
-   Laporan status aduan awam dalam masa 1 bulan

Laporan Pencapaian Piagam Pelanggan

Jabatan Penerangan Malaysia