Latar Belakang
KOMTAR (Kompleks Tun Abdul Razak) sememangnya sinonim dengan penduduk Pulau Pinang kerana di sinilah tempatnya kebanyakan Jabatan Kerajaan beroperasi. Jabatan Penerangan Malaysia Pulau Pinang beroperasi di tingkat 38 dan mempunyai 5 Pejabat Daerah iaitu 2 di bahagian Pulau dan 3 di bahagian Seberang Perai. 5 pejabat Penerangan Daerah tersebut ialah ;
1. Pejabat Penerangan Daerah Timur Laut
2. Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya
3. Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perau Utara
4. Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perau Tengah
5. Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perau Selatan
Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang mengamalkan konsep agihan kerja mengikut cawangan yang terdiri daripada :
1. Cawangan Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM)
2. Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI)
3. Cawangan Khidmat Pengurusan dan Kewangan (KPK)
4. Cawangan Perancangan Strategik dan Penyelidikan.
Keempat-empat cawangan ini mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menggerakkan halatuju sebenar Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang untuk menterjemahkan dan memasarkan dasar dan agenda kerajaan supaya difahami, disokong, dihayati dan dibudayakan oleh seluruh rakyat melalui pendekatan program-program yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan.
VISI
“Menjadi Peneraju Utama Dan Teras Dalam Menjayakan Gagasan 1Malaysia Dan pembinaan Negara Bangsa Berteraskan Rukun Negara”
MISI
“Menterjemah Dan Memasarkan Dasar Dan Agenda Negara Supaya Difahami.Disokong,Dihayati Dan Dibudayakan Oleh Seluruh Rakyat Melalui Program Penerangan”
OBJEKTIF JABATAN
“Meningkatkan kefahaman, sokongan,keyakinan dan penglibatan masyarakat terhadap dasar dan program kerajaan ke arah pembinaan negara bangsa yang bermaklumat,progresif,berintegreti, sejahtera serta bersatu padu”
PIAGAM PELANGGAN
- Memberi Perkhimatan penerangan Yang Berkualiti,Tepat,Semasa Dan Mudah Difahami Dalam masa 14 Hari;
- Menyediakan Laporan Maklumbalas yang Objektif,Tepat,Semasa Dan Terkini Dalam Tempoh 7 Hari Daripasa Isu Berbangkit;
- Memberi Khidmat Perhubungan Awam Yang Profesional Dan Berkesan;
- Menyediakan Bahan –bahan Penerbitan Yang Bermaklumat,Semasa,Bermutu Dan Mudah Difahami serta Senang DiPerolehi;
- Menyediakan Khidmat kepakaran Komunikasi Visual Dalam Bentuk Fotografi.Audio Visual,Reka Bentuk Dan Pameran Yang Bermutu Dan Menarik Dalam Tempoh 14 Hari Dari Program penerangan Bermula;
- Memberi Maklum Balas kepada Aduan Pelanggan Dengan Cepat,Tepat Dan Berbudi Bahasa Dalam Tempoh masa Berikut;
- Akuan Penerimaan Dalam Tempoh 1 Hari Bekerja;Maklum Balas Awal Dalam Tempoh 15 Hari;Dan laporan Status Aduan Awam Dalam Masa 1 Bulan.

