Kurang Upaya    ico_disabled

Perutusan Pengarah Negeri

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Perak Amanjaya,

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada pengunjung  yang melayari laman sesawang Jabatan Penerangan Negeri Perak.  Kewujudan media baru telah mencetuskan budayanya yang tersendiri terutama dalam jaringan komunikasi dan penyebaran maklumat.  Oleh itu, media baru dilihat sebagai landasan paling berpengaruh yang berupaya melakukan perubahan sosial di negara ini.

Selaras dengan itu, Jabatan Penerangan Negeri Perak sentiasa peka dan berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat terutamanya dalam aspek menyalurkan maklumat yang telus dan tepat selaras dengan slogan jabatan iaitu Penggerak Minda Rakyat.

Justeru dengan wujudnya laman sesawang ini, adalah menjadi harapan saya agar ia dapat memberi manfaat dan memudahkan lagi pencarian maklumat yang diperlukan oleh rakyat di samping meningkatkan kefahaman, keyakinan dan sokongan rakyat dalam pembentukan sebuah negara bangsa yang gemilang selaras dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Saya juga mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan daripada pengunjung untuk memberi maklumbalas kepada kerajaan berhubung dengan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang mana sumbangan idea ini dapat disalurkan kepada agensi berkenaan untuk tujuan penambahbaikan.

 

Sekian, terima kasih.

MUHAMAD ASZAHARI ABDUL RAHMAN

PENGARAH

JABATAN PENERANGAN NEGERI PERAK