SEJARAH
Jabatan Penerangan Negeri Perak telah ditubuhkan pada tahun 1946 setelah setahun Jabatan Penerangan Malaysia ditubuhkan iaitu pada tahun 1945. Pada mulanya ianya dikenali sebagai Jabatan Publisiti dan Pencetakan (Department of Publicity and Printing) dan telah ditubuhkan oleh British Military Administration. Apabila pentadbiran awam memerintah pada tahun April 1946, Jabatan ini dinamakan Jabatan Perhubungan Awam (Public Relations Department) dan ditukar kepada Jabatan Penerangan pada tahun 1950.
Pengarah pertama jabatan ini ialah mendiang Encik Yoong Chong Yoon. Ibu pejabatnya terletak di Jalan Sultan Idris Shah (Jalan Brewster) Pekan Ipoh (Bangunan Hong Leong Bank di persimpangan trafik pertama). Suasana dalam negara amnya dan negeri Perak khususnya pada ketika itu tidak stabil. Perang dunia kedua baru sahaja tamat dan kerajaan British terpaksa berhadapan dengan pemberontakan serta ancaman pihak komunis. Oleh itu bagi menangani pelbagai masalah dalam negara yang kian memuncak khususnya ancaman komunis, maka pihak British pun menubuhkan Jabatan Publisiti dan Pencetakan di negeri ini.
Jumlah anggota pejabat terdiri daripada seorang pengarah, seorang pegawai penerangan, 3 orang pegawai luar, 3 orang operator wayang gambar dan lebih kurang 5 orang anggota sokongan seperti kerani dan pelayan pejabat. Khidmat pegawai penerangan, pegawai luar dan operator wayang gambar digunakan sepenuhnya oleh pihak British untuk menjalankan kempen anti komunis di seluruh negeri. Selain daripada itu, pihak British juga telah menyewa sebuah bangunan bersebelahan dengan ibu pejabat (di kawasan gedung perniagaan Super Kinta sekarang) yang dikenali sebagai `Area Information Office’ untuk mencetak dan mengedarkan bahan-bahan penerbitan kepada orang ramai.
Ruang pejabat yang terhad serta penambahan anggota menyebabkan jabatan ini berpindah ke Bangunan Persekutuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, Ipoh pada tahun 1972.
Berikut senarai nama-nama pengarah negeri yang pernah berkhidmat di Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perak:
|
Bil
|
Nama |
Tahun |
|
1. |
YOONG CHONG YOON | 1946 |
|
2. |
F.W. BUSTIN | 1952 |
|
3. |
B.E. HUTTON WILLIAMS | 1953 |
|
4. |
C.J. STANBURY | 10-11-1954 hingga 27-07-1956 |
|
5. |
CHIN KEE ONN | 01-08-1956 hingga 01-05-1957 |
|
6. |
I.S.A. HOWARD | 02-05-1957 hingga 30-06-1959 |
|
7. |
SYED OTHMAN B. ALI | 01-07-1959 hingga 09-07-1961 |
|
8. |
YEONG KOI LOOK | 20-07-1961 hingga 28-02-1968 |
|
9. |
MOHD. NUR ISMAIL | 01-03-1968 hingga 31-10-1969 |
|
10. |
ABDUL SHUKOR AYOB | 02-01-1971 hingga 01-01-1973 |
|
11. |
WAN OMAR BIN WAN HAMID | 02-01-1973 hingga 01-01-1974 |
|
12. |
ISMAIL SHAH B. HJ. SULAIMAN SHAH | 02-01-1974 hingga 05-03-1981 |
|
13. |
HJ. HASHIM B. MASHOHOR | 06-03-1981 hingga 28-11-1982 |
|
14. |
FOO SI CHEW | 01-12-1982 hingga 31-07-1984 |
|
15. |
S. RAMASAMY | 01-09-1984 hingga 07-05-1985 |
|
16. |
K. RENGASANY | 01-06-1985 hingga 31-03-1986 |
|
17. |
MOHAMAD SALLEH B. RAFIE | 01-04-1986 hingga 01-10-1987 |
|
18. |
HANIFF B. HJ MOHD BAKI | 16-01-1989 hingga 28-02-1991 |
|
19. |
YAACOB B. MOHAMMED | 01-03-1991 hingga 28-02-1995 |
|
20. |
NIK MOHD KAMAL B. WAN MUSTAPHA | 01-03-1995 hingga 31-07-1999 |
|
21. |
AZIZAH BT. AWANG | 01-08-1999 hingga 15-12-2004 |
|
22. |
HJ. IBRAHIM B. ABDUL RAHMAN | 16-12-2004 hingga 14-10-2005 |
|
23. |
HJ. ABDULLAH B. MOHD ARIFF | 17-10-2005 hingga 2-11-2009 |
| 24. | HJ. ZAHARIN BIN ZAINUDIN | 2-11-2009 hingga 2011 |
| 25. | HJ. MUHAMAD ASZAHARI BIN ABDUL RAHMAN | KINI |